|
Ketika memandu, pernahkah anda
mengalami kereta melantun terlalu kuat apabila termasuk ke
dalam lubang atau bonggol jalan? Kereta akan terasa
melantun-lantun lebih daripada sekali sebelum kembali ke
posisi yang asal.
Ada ketikanya kereta terasa
membuai-buai dan sukar dikawal pada kelajuan tinggi di lebuh
raya. Pemandu akan sering membetulkan posisi stereng ketika
sedang mengambil selekoh. Situasi ini ada kaitan dengan
penyerap hentakan atau ‘shock absorber’. Apa yang pasti ia
adalah salah satu kompenan terpenting kenderaan yang
membabitkan keselamatan dan keselesaan memandu. Penyerap
hentakan yang rosak boleh menyebabkan kerosakan lain pada
kenderaan dan di dalam kes yang lebih serius, mampu
menyebabkan kemalangan. Pada kelajuan tinggi, kereta akan
terasa bergerak tidak lurus dan anda terpaksa membetulkan
kedudukan stereng terlalu kerap (OVER-CORRECT). Kereta juga
akan terasa seperti “terapung” di atas jalan raya. Ini
bermakna penyerap hentakan telah rosak dan perlu diganti
dengan segera.
Cara mengenal pasti
kerosakan penyerap hentakan kereta anda.
1. Tekan
dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai penyerap
hentakan dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan
asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna
penyerap hentkan telah menjadi terlalu keras atau telah
tersekat akibat tiada atau kurang pergerakan pada piston rod
di dalam penyerap.
2. Anda
juga boleh memeriksa secara visual pada penyerap hentak
sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan penyerap
hentakan gas, ia masih akan mengeluarkan minyak jka bocor
kerana penyerap hentakan jenis ini menggunakan minyak
sebagai pelincir.
a. Yang
paling penting adalah untuk membezakan lelehan minyak dengan
wap gas yang mengumpul habuk pada penyerap hentakan kerana
wap gas tersebut adalah normal dan bukannya tanda kerosakan.
3. Tayar
yang kelihatan tidak rata dan berbonggol, membuktikan bahawa
tayar kereta anda mendapat sentuhan pada jalan raya dengan
tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa system penyerap
hentakan kereta anda (damper) telah gagal menolak atau
menampung sentuhan tayar (contact-patch) secara sekata.
a. Oleh
yang demikian, anda dinasihatkan untuk menukar penyerap
hentakan kereta anda dan menggantikan tayar yang telah rosak
demi keselamatan anda
Article
contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and
Techniques'
Go to Main Page |