Panduan Kepada Pengguna Jalan Raya - Ketahui Hak Anda Jika Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Anda sedang berjalan dan memandu. Tiba-tiba anda ditahan polis. Apa yang anda perlu lakukan?

  • Anda hanya perlu nama, nombor kad pengenalan dan alamat. Pastikan anda sentiasa membawa kad pengenalan anda.

  • Selain dari itu, anda tidak perlu menjawab sebarang soalan yang lain.

  • Anda berhak meminta kad kuasa polis. Jangan lupa catat nama dan nombor pengenalan mereka.

  • Catat juga nombor kereta peronda polis tersebut.

Jika seseorang berpakaian biasa yang menyatakan dirinya polis menahan anda, anda berhak:

  • Meminta mereka menunjukkan kad kuasa mereka. Polis dikehendaki memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas. Catat nama dan nombor pengenalan mereka.

  •  Jika ditahan soalan-soalan lain:

§   Tanya polis tersebut “adakah saya ditangkap” anda berhak mengetahui samada anda ditangkap

§    Jika polis menjawab “Ya” jangan menjawab sebarang soalan lagi. Anda berhak menjawab soalan-soalan di mahkamah.

§   Jika polis menjawab “tidak”, anda bebas untuk beredar dari tempat itu.

  • Bolehkah polis memeriksa anda tanpa sebab?

o   Tidak sama sekali!!! Polis HANYA boleh memeriksa anda jika anda ditangkap

o   Jika ditangkap, wanita hanya boleh diperiksa oleh pegawai wanita sahaja, dan lelaki hanya boleh diperiksa oleh pegawai lelaki sahaja dan perlu dilakukan dengan sopan. Ini hak anda seperti yang termaktub dalam prosedur janayah.

Anda dianggap ditangkap sekiranya:

  • Polis memberitahu anda “ anda ditangkap “ atau

  • Anda digari atau

  • Anda dilarang bergerak dari tempat tersebut. Polis mesti memberitahu anda ditangkap. Ini adalah hak perlembagaan anda.

Sekiranya anda DITANGKAP:

  • Pastikan ada orang yang tahu anda telah ditangkap. Jika anda membawa telefon bimbit, hubungi rakan, keluarga atau peguam anda.

  • Kenal pasti tempat dan masa anada ditahan. Kemungkinan besar anda akan dibawa ke balai polis yang terdekat. Minta rakan, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis yang berhampiran dengan tempat anda ditahan

Apabila berada di lokap

  • Apabila anda dimasukkan ke dalam lokap, barang – barang yang anda bawa akan diambil dan disenaraikan oleh pihak polis. Periksa senarai tersebut; pastikan jumlah wang dan butir-butir kad kredit dan bank ditulis dengan betul. Pastikan anda tandatangani senarai tersebut. Polis hanya boleh menahan anda dalam lokap selama 24 jam sahaja tidak kira samada pada cuti umum atau hujung minggu. Sebelum tempoh 24 jam itu tamat, polis mesti membawa anda berjumpa majistret.

Apabila dihadapkan ke MAHKAMAH

  • Beritahu majistret jika anda ada apa-apa aduan contonhya anda dipukul , dipaksa membuat pengakuan, diugut, ditangkap tanpa diberitahu kesalahan anda, perlu berjumpa doktor dan sebagainya.

  • Majistret hanya boleh mengenakan tahanan reman dalam lokap tidak lebih dari 14 hari.

  • Peguam wajib ada bersama anda. Jika tiada peguam maklumkan kepada Majistret mendapatkan perkhidmatan peguam. Pusat bantuan guaman ada menyediakan khidmat guaman.

Jika anda memerlukan bantuan huibungi:

  • Pusat bantuan guaman KL: 03-26913005/26932072

  • Pusat bantuan guaman Selangor: 03-33722792

  • Biro bantuan guaman wilayah persekutuan:03-26942700

  • Biro bantuan guaman selangor:03-55194367/55106192

  • SUARAM :03-77843525

  • HAKAM:03-26938828

  • Sisters In Islam:03-79606121/79606122/79604485

Pembayaran Saman Kepada Pihak JPJ

Saman yang dikeluarkan  oleh JPJ ternahagi Dua (2) iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

  • Aman boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.

  • Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan  di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Saman JPJ boleh dibayar ditempat berikut:

  • Dimana-mana pejabat JPJ Negeri , cawangan dan pejabat kecil JPJ

  • Melalui  Perkhidmatan e-Services.

Cara-cara pembayaran saman:

  • Saman tanpa pengurangan kadar kompaun boleh dibayar mana-mana pejabat JPJ

  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman (JPJ P22) dengan jumlah bayaran.

  • Bagi saman yang ada notis PG1, laporan PG2 hendaklah disertakan bersama (JPJ P22) dan jumlah bayaran.

  • Bayaran boleh dibuat secara tunai.

  • Bayaran juga boleh dibuat melalui Wang / Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.

  • Pembayaran saman melalui perkhidmatan e-Services bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1 sahaja bayaran oleh dibuat melalui laman web berikut:

o       www.eservices.com.my

o       www.rilek.com.my

o       www.myeg.com.my

Rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun hendaklah dibuat kepada pejabat JPJ yang mengeluarkan saman. Rayuan perlu dikemukakan sendiri oleh orang yang dikenakan saman pada hari yang ditetapkan sebagai hari rayuan oleh JPJ negeri berkenaan dalam tempoh pembayaran kompaun. Pengurangan kadar kompaun hanya boleh ditentukan oleh pengarah JPJ sahaja. Dokumen –dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat rayuan

  • Salinan saman JPJ P22

 Article contributed by AAM

 

Click here for more 'Car Detailing Tips and  Techniques'

Go to Main Page