|
Radiator adalah antara komponen
penting pada enjin kereta. Kerosakan pada radiator boleh menyebabkan
enjin panas. Kepanasan di bahagian enjin berpunca daripada pelbagai
faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, pam air bocor,
kekotoran dan kebocoran pada sirip radiator serta kerosakan pada
termostat sistem penyejukan. Enjin yang terlalu panas boleh
mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana boleh menyebabkan
kenderaan terbakar dan kerosakan enjin yang serius. Apabila enjin
terlalu panas berhentilah di tepi jalan.
Langkah pertama, matikan enjin dengan
segera dan periksa sistem penyejuk. Seterusnya, buka bonet kenderaan
untuk menyejukkan enjin buat sementara waktu dan periksa radiator
kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.
Buka tutup radiator dulu dan
mengetuknya menggunakan belakang pemutar skru dan putar
perlahan-lahan menggunakan kain. Pegang tutup dengan kemas sehingga
wap radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator
menjadi rendah. Isikan air dalam radiator secara perlahan-lahan.
Sekiranya enjin sudah menjadi sejuk,
cubalah periksa komponen-komponen yang lain iaitu kipas radiator,
'water stopper', pam air, hos radiator dan sebagainya. Kekotoran
pada sirip radiator adalah disebabkan oleh daun kering atau lumpur
yang melekat pada bahagian permukaan radiator yang akan menyebabkan
aliran udara sejuk terganggu hingga menjadikan air radiator panas.
Jika terdapt kebocoran pada radiator
terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan
enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa
tempat sambungan itu.
Article contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and Techniques'
|