Meredah Jalan Yang Dinaiki Air

Memandu di waktu hujan lebat memberi kelebihan baik untuk sistem penyejukan akan tetapi pandangan akan menjadi kurang jelas serta permukaan jalan yang licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi. Ada tiga aspek yang perlu anda ambil kira sebagai panduan and nasihat bagaimana harus anda lakukan jika menghadapi situasi sedemikian.

Aspek Kenderaan Yang Dipandu

  • Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran

     

  • Semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik

     

  • Pastikan juga bahagian enjin, kotak gear and galas (bearing) tidak berlaku kebocoran. (Ini boleh menyebabkan air memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus yang tinggi sewaktu meredah jalan yang dinaiki air)

     

  • Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik

     

  • Keadaan bebunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya

     

  • Penggelap (wiper) hon dan sistem electrikal yakni bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Aspek-aspek Meredah Jalan Yang Dinaiki Air

  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah melalui had tinggi tayar

     

  • Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan boleh dilakukan akan tetapi harus anda ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh. Ini bertujuan untuk mengelakan percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system)

     

  • Jangan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin membasahi air and para pengguna lain khasnya penunggang motosikal and pejalan kaki terkena tempias

     

  • Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak akan berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masalah ini, ada beberapa panduan yang berguna dan ianya boleh dipraktikkan. Sila ikuti panduan yang diberikan:
     
    1. Gunakan gear 1 atau 2 bagi kenderaan yang menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.

       

    2. Tekan pedal minyak dan pedal brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek. Untuk kenderaan pacuan empat roda, gear automatik juga adalah sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 km/j dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Akibat proses ini pengeringan permukaan brek akan berlaku.

       

    3. Uji perkara 2 berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja.

       

    4. Setelah itu, uji sistem brek anda pada had laju 20 km/j.

       

    5. Sekiranya masih kurang berfungsi, proses 1, 2 dan 3 harus diulang.

       

    6. Uji sekali lagi sistem brek anda sehingga memuaskan.

Apa yang Harus Anda Lakukan Sekiranya Kenderaan Anda Tidak Dapat Dihidupkan Selepas Meredah Jalan Yang Dinaiki Air

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan permasalahan berkenaan. Faktor-faktor tersebut ialah:

  1. Penutup pengagih (distributor cap) dimasuki air atau terjadinya pemeluwapan.

     

  2. Penghujung kabel dalam pencucuh (spark plug cable) berair.

     

  3. Kabel gegelung penyalaan (ignition coil cable) dimasuki air.

     

  4. Titik sesentuh (contact point) disaluti air di dalam penutup pengagih akibat pemeluwapan.

Empat perkara di atas adalah penyebab utama enjin anda mati setelah meredah jalan yang dinaiki air. Anda boleh membaiki situasi tersebut dengan mengeringkan empat perkara di atas dengan menggunakan tisu atau kain yang kering.

Sekiranya kenderaan anda masih gagal dihidupkan, kerosakan agak serius telah berlaku dan perkhidmatan pakar diperlukan. Jangan mencuba pada empat perkara di atas sekiranya kurang pasti.

Jangan hidupkan enjin yang telah dimasuki air. Ini akan menyebabkan enjin mengalami kerosakan yang teruk akibat tekanan yang tinggi di dalam ruang pembakaran (combustion chamber). Periksa penapis udara (air filter) samada kering atau basah. Jika terdapat kelembapan pada penapis udara, JANGAN hidupkan enjin kenderaan anda.

Akhir kata, pandulah dengan cermat dan hormati undang-undang jalanraya. Selamat mencuba and selamat memandu.

Article contributed by AAM

 

Click here for more 'Car Detailing Tips and  Techniques'

Go to Main Page