|
Badan kereta yang cantik dan
cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin
anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin.
Langkah pertama , buka penutup depan untuk melihat enjin.
Enjin itu sepatutnya bersih tetapi tidaksemstinya sampai
berkilat. Kemudian duduk di tempat pemandu dan cuba rasakan
keselesaan, cuba pusingkan atau gerakan stering ke kiri atau
ke kanan dalam jarak dua inci padakeadaan biasa dan tidak
ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras
tempat duduk , kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon,
lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada.
Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat
menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
Selepas itu
hidupkan enjin, ia sepatutnya hidup dengan cepat dan
kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau
dua minit sebelum anda menekan pedal minyak, lihat asap yang
keluar dibelakang melalui ekzos,jika asap berwarna biru
bermakna enjin tersebut perlu dibaiki, jika asap hitam yang
keluar karburatornya perlu diservis. Anda perlu periksa
minyak enjin, minyak brek, minyak automatik, minyak power
stering, dan air bateri berada dalam keadaan baik sekali.
Nyatakan kepada
jurujual bahawa anda mahu membuatujian jalan raya terhadap
kenderaan itu. Jalanyang dirancang untuk dilalui mestilah
termasuk jalan kering, jalan lengang, berbukitdan jalan
tidak rata. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan
baik terutama meter tekanan dan suhu enjin.
Pandulah ke jalan
raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 Kmj,
gear automatik mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau
tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyaisistem pertukaran
tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.
Perlahankan kenderaan hingga
10Kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan
tidak ada sebarang bunyi dan kereta itu mestilah menjadi
perlahan dalam keadaan lurus tanpa berpusing kekanan atau
kiri.
Tingkatkan
kelajuan hingga 25-30Kmj kemudian tekan brek secara mengejut
(pastikan tiada kenderaan dibelakang anda) kereta itu mesti
berhenti dengan cepat tanpa berpusing. Tukar gear undur dan
undur pada kelajuan 6Kmj, kemudian tekan brek hingga
berhenti, tugar kepada gear depan dn seterusnya lakukan ini
empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua
penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi. Pandu
dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering,
jika stering agak liat ia mungkin berpunca daripada lingkage
atau sistem gantungan depan. Pandu dalam kelajuan 30Kmj dan
lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat, kereta
itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas dan tekan
brek perlahan -lahan tanpa memegang stering, kereta itu
mesti berhenti dalam keadaan lurus, jika ia berpusing
nyatalah kereta ini ada masalah.
Kemudian pandu
kereta itu di jalan tidak rata,pastikan kereta tidak
bergegar atau melambung-lambung, kereta mungkin mempunyai
penyerap hentak spring atau bahagian – bahagian sistem
gantungan yang rosak.
Ketika mendaki
bukit, tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60Kmj kereta
itu mestilah tidak tersangkut – sangkut, jika ada berlaku,
besar kemungkinan kereta itu mengalami kerosakan pada
bahagian transmission. Turun hingga ke pertengahan bukit,
tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan, kereta itu
mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada
pedal brek. Setelah memsuki ruang letak kereta, biarkan
beberapa minit, kemudian perhatiakn di bawah kereta sama ada
terdapat titisan minyak atau tidak.
Ada baiknya anda
membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Mekanik itu
mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda tidak
nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang ada kesan
itu benar-benar serius atau tidak.
Akhir sekali sebelum membuat
pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen
yang lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul jangan
sampai anda terbeli kereta curi atau kereta potong.
Article contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and
Techniques'
Go to Main Page |