Nombor enjin adalah nombor identity
sebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk
ditapak yang ditentukan oleh pembuat/ pengilang. Ianya menerangkan
model, tahun, jenis bahan api dan keupayaan sesebuah enjin. Janis-jenis
permohonan adalah seperti berikut:-
KATEGORI 1-
Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin
asal.Bagi kategori ini, perlu membuat permohonan terus kepada JPJ
Negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:-
-
Borang permohonan / lampiran A
-
Kad pendaftaran yang asal
-
Resit pembelian enjin yang asal
-
Surat kastam K2 yang disahkan
KATEGORI 2-
penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak
melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin asal.Bagi kategori 2 ini,
pemohon perlu membuat pemeriksaan khas di PUSPAKOM dan melaporkan
kepada JPJ Negeri dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:-
-
Borang permohonan / lampiran A
-
Kad Pendaftaran yang asal
-
Resit Pembelian Enjin yang asal
-
Surat Kastam K2 yang disahkan
-
Surat Pelepasan Tanggungan
-
Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2)
-
LKM (cukai jalan)
-
Insurans kenderaan
KATEGORI 3-
Penukaran enjin dan model yang sama dan keupayaan melebihi atau
kurang 25% dari keupayaan asal.
KATEGORI 4-
Penukaran enjin dan model yang berlainan dari enjin asal.
KATEGORI 5-
Penukaran enjin yang penggunaan bahan api berbeza dari asal.
Bagi ketiga-tiga kategori ini, pemohon
perlu membuat permohonan kepada bahagian teknik , ibu pejabat dengan
melampirkan dokumen-dokumen berikut:-
Syarat – syarat yang perlu dipatuhi
ketika membuat penukaran enjin
-
Tidak ada pengubahsuaian pada
enjin ‘Mounting’
-
Kimpalan pada enjin ‘mounting’
tidak dibenarkan
-
‘Propeller shaft’ tidak dibenarkan
dipotong atau disambung dimana-mana bahagian
-
Tiada keretakan atau karat pada
enjin ‘mounting’
-
Sistem brek perlu dinaikkan taraf
bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal.
-
Sistem gantungan (suspension
system) perlu dinaikkan taraf merangkumi “spring stuffness”.
Ia adalah untuk mengelakkan daripada
disaman oleh pihak berkenaan, juga untuk mengelak kerugian,
memastikan penggunaan kenderaan anda selamat. Setiap penukaran enjin
perlu mendapat kelulusan / pindaan butiran di JPJ. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi:-
Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
Jalan Malaysia
Bahagian Teknik
Aras 2, Blok D4,
Parcel D,
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62620 Putrajaya.
No Telefon Ibu Pejabat : 03-88866425
No.Fax:03-88886689
Alamat website:www.jpj.gov.my
Alamat e-mail:info@jpj.gov.my
Article contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and Techniques'
Go to Main Page