|
Ada ketikanya pemandu tidak berasa
selesa apabila sterang menjadi semakin ketat dan berat kerana anda
perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng. Keadaan
ini tentunya menyusahkan terutama ketika memakir kenderaan dan
apabila perlu membelok dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Antara sebab keadaan ini terjadi ialah
tekanan angin tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran
(alignment) tayar depan kurang tepat, kekurangan atau kerosakan
minyak pelincir di dalam kotak gear stereng dan kekurangan gris pada
sambungan rod stereng.
Streng kuasa dan stereng biasa memang
berbeza. Stereng kuasa lebih mudah dan selesa untuk memakir,
mengundur atau membelok kenderaan. Jika anda memandu kenderaan yang
bergerak laju melebihi 100 kilometer sejam dan roda depan terasa
meliar dan streng sukar dikendalikan apatah lagi jika melalui jalan
tidak rata atau jalan yang basah dan licin. Keadaan ini terjadi
antara lain adalah disebabkan kehausan sambungan sistem stereng
terutama pada hujung dan pangkal 'tie rod', kehausan atau kesalahan
penyelarasan alat atau terlalu banyak 'free play' pada pengalas roda
depan dan kelonggaran pada stereng (di dalam kotak gear sterang)
juga boleh menjadi puncanya.
Jadi, apabila berhadapan dengan
masalah stereng sukar dikawal, mula-mula usahakan agar kendereaan
dapat bergerak lurus. Namun kebiasaannya apabila ada kerosakan pada
sistem gantungan roda depan, kenderaan tidak dapat bergerak lurus.
Malah kenderaan tersebut akan bergerak seolah-olah "hanyut" ke kiri
dan ke kanan. Dalam masa yang sama kerosakan pada sistem gantungan
terutamanya di bahagian belakang boleh berlaku. Ini akan menyebabkan
pemanduan yang tidak selesa ketika sedang memandu di atas jalan
datar kerana di bahagian belakang kenderaan akan bergoyang kuat
sehingga menjejaskan keselesaan penumpang. Keadaan itu terjadi
disebabkan 'bolt' pegas daun penyerap hentak belakang patah.
Akibatnya kenderaan tersebut tidak stabil dan tidak dapat dipandu
terutama pada kelajuan tinggi.
Keadaan sistem stereng dan gantungan
hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia berkaitan dengan
keselamatan penumpang.
Article contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and Techniques'
|