Suspension ialah asas mekanisme system
hidraulik yang mengawal getaran spring, ia sebenar bukan menanggung
keseluruhan bebanan atau mengembalikan kedudukan asal selepas
pergerakan ke atas dan ke bawah, pembalikan Cuma boleh dibuat oleh
spring sahaja. Oleh itu badan kenderaan “body” terletak diatas
spring dan “suspension” yang mengawal pergerakan apabila spring
menerima tekanan disebabkan oleh bonggol yang menyebabkan ia
bergetar. “Suspension” mengawal pergerakan spring dalam kesemua arah
ketika spring termampat atau ketika spring mengembang dan jumlah
rintangan yang diperlukan dalam tiap-tiap arah “up-down” ditentukan
oleh jenis dan saiz kenderaan tersebut.
Mengesan Kerosakan Pada Suspension
-
Ketika anda sedang memandu
kenderaan dan melanggar lopak atau bonggol, kenderaan anda akan
bergegar dan kurang selesa. Ia adalah kerana “suspension” sudah
tidak berfungsi (hilang keanjalan).
-
Jika anda sedang memandu sambil
mengambil selekoh tiba-tiba terasa kenderaan anda hilang kawalan
dan tidak stabil, ini kerana “suspension” tersebut terlalu
lembut, ini adalah kerana spring telah hilang keanjalan.
-
Sekiranya anda mendapati tayar
kenderaan anda menjadi tidak rata serta cepat haus ia adalah
kerana ‘absorder’ dan spring tidak berfungsi dan menyebabkan
segala gegaran akan diserap oleh tayar.
-
Sekiranya terdapat bunyi seperti
belagar (besi) ia adalah berkemungkinan “bush absorber” dan
spring tidak menyerap gegaran antara casis dan spring.
-
Sekiranya terdapat kerosakan
berikut sila rujuk pada bengkel berdaftar atau pusat servis yang
berdaftar.
Cara-Cara Penjagaan “Suspension”
-
Untuk menjaga “suspension” anda
tidak membawa bebanan yang berlebihan mengikut saiz dan jenis
kenderaan.
-
Sekiranya anda kerap membawa
muatan pastikan anada membuat pemeriksaan pada “suspension” dan
menggunakan “absorber” serta spring yang bersesuaian untuk tugas
tersebut.
-
Untuk menjaga “suspension” serta
rim dan tayar, elakkan daripada melanggar lopak dan lubang
serta tidak melalui jalan yang tidak rata.
-
Sentiasa memastikan penjajaran
tayar kenderaan di dalam keadaan baik
Article contributed by AAM
Click here for more 'Car Detailing Tips and Techniques'
Go to Main Page