Pengubahsuaian Kenderaan Potong Dan Sambung

Takrif

Pengubahsuaian yang dibenarkan ialah pengubahsuaian kecil dan pemasangan aksesori hendaklah mematuhi semua keperluan pemasangan sebagaimana dinyatakan di dalam 'Motor Vehicle(C&U) Rules' 1959.

Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan ialah sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalan raya.

Pengubahsuaian Porong Dan Sambung Yang Tidak Dibenarkan:

  • Potong dan sambung lantai kenderaan dari kiri ke kanan.
  • Potong dan sambung panel 'front windscreen' kiri dan kanan.
  • Potong dan sambung panel 'rear windscreen' kiri dan kanan.
  • Menyambung semula bdan kenderaan separuh potong kepada mana-mana kenderaan lain.

Mengikut Seksyen 94 Kaedah Pengangkutan Jalan 'Motor Vehicles' (Construction & Use) Rules 1989 kenderaan potong adalah tidak selamat digunakan. Sabit kesalahan, seseorang boleh didakwa di bawah Seksyen 119 APJ 1987 dan kenderaan tersebut boleh dsita dan dibatalkan pendaftarannya.

Elakkan dari Membeli Kenderaan Potong Sambung

Bagaimana anda mengelak dari membeli kenderaan potong sambung?

  • Apabila anda membeli sebuah kenderaan terpakai, pastikan nombor casisnya tidak diganggu.
  • Pastikan kenderaan anda diperiksa oleh PUSPAKOM.
  • Pastikan penjual menyelesaikan masalah pendaftaran dan pelesenan terlebih dahulu.
  • Pastikan kenderaan bebas daripada senarai hitam.
  • Pastikan butir-butir di dalam kad pendaftaran kenderaan sama dengan kenderaan yang hendak dibeli.
  • Pastikan anda menyemak data kenderaan di JPJ.

Apabila anda membeli kenderaan yang telah mengalamii pengubahsuaian potong dan sambung, kenderaan berkenaan tidak boleh didaftar/dilesenkan, sedangkan wang pendahuluan dan perjanjian jual beli telah dibuat. Anda  kerugian kerana kenderaan anda akan ditahan oleh pihak JPJ

Article contributed by AAM

 

 


Click here for more 'Car Detailing Tips and  Techniques'